Jika kita prihatin terhadap pengambilan
makanan/minuman proses kita, pasti akan “menelaah” (membaca) dahulu kandungan
(ingredient) yang ada pada makanan/minuman proses tersebut. Salah satu bahan
yang selalunya dijumpai adalah perkataan asid sitrik/citric acid pada bahagian
kandungan label makanan/minuman tersebut. Kadang kala asid sitrik akan
digantikan dengan label E330 atau E331. Dimana E330 adalah asid sitrik dan E331
adalah garam kepada asid sitrik (E331 digunakan untuk melabel natrium
sitrat/sodium citrate (mono-, di-, tri-) dan kalium sitrat/potassium citrate)[1].
Fungsi keduanya sama sahaja cuma natrium sitrat dan kalium sitrat adalah garam
kepada asid sitrik.
Bukankah asid adalah salah satu bahan yang
merbahaya? Asid sitrik adalah salah satu asid lemah yang banyak didapati dalam
buah lemon, limau, oren dan pelbagai buahan bergenus sitrus. Asid sitrik juga boleh didapati didalam buah-buahan (selain
buahan genus sitrus) dan
sayur-sayuran dalam jumlah yang signifikan. Oleh itu ianya tidak merbahaya.
Malahan ciri-ciri asid sitrik bukanlah sama seperti asid yang merbahaya seperti
asid sulfurik, asid nitrik dan asid hidroklorik. Sitrik asid adalah asid
organik yang bersifat masam dan tajam (tart flavour). Malahan asid sitrik telah
lama di klasifikasikan oleh FDA (Food and Drug Administration) sebagai aditif
makanan GRAS (Generally Recognize As Safe)[2].
Jadi kenapa perlu di tambah asid sitrik
kedalam makanan/minuman proses? Asid sitrik digunakan di dalam makanan/minuman
proses sebagai bahan pengawet (preservative), pengasid (acidifier), perisa
(flavouring), dan ejen antioksida.
Asid sitrik sebagai pengawet makanan:
Dengan memanipulasi pH sesuatu makanan, pertumbuhan bacteria, kulat dan yis
dapat dikawal. Kebanyakkan bakteria, kulat dan yis membiak dalam lingkungan pH
5 – 7. Penambahan asid sitrik kedalam makanan/minuman dapat menurunkan pH
makanan/minuman tersebut. Secara tidak langsung merencat pertumbuhan bacteria,
kulat dan yis. Maka makanan/minuman tersebut dapat bertahan lebih lama.
Asid sitrik sebagai pengasid: Walaupun asid
sitrik adalah asid lemah akan tetapi tetap dapat menurunkan pH sesuatu
makanan/minuman. Justeru memberikan persekitaran berasid terhadap makanan/minuman.
Ciri ini berguna dalam pemprosesan keju dalam membantu proses pematangan
(ripening) terutamanya keju mozzarella.
Asid sitrik sebagai perisa: Asid sitrik
banyak membantu dalam menghasilkan rasa masam dan tajam (tart flavour), rasa
segar (refreshing flavour) dan juga menyeimbangkan tahap kemanisan terutamanya
didalam minuman proses.
Asid sitrik sebagai ejen antioksida: menghalang
proses pengoksidaan berlaku. Asid sitrik dapat merencat proses pengoksidaan
berlaku dalam lemak (fats) dan pigmen oleh molekul oksigen. Ini dapat
melambatkan proses ketengikan (rancidity) dan perubahan warna didalam produk
makanan/minuman.
1. European Food Information
Council. 22 April 2015. http://www.eufic.org/upl/1/default/doc/e-numbers_eufic%282%29.pdf.
2. Deshpande, S. S. (2002). Handbook of food toxicology.
CRC Press.
thank you for the information. keep writing
ReplyDeleteNak tanya, asid citric tu kat mana ada jual?
ReplyDeleteNak tanya, asid citric tu kat mana ada jual?
ReplyDeleteKat kedai buah.. Beli buah... Atau beli produk2 yang mengandungi acid sitrik..
DeleteKat kedai buah.. Beli buah... Atau beli produk2 yang mengandungi acid sitrik..
DeleteKat kedai jual bahan memasak kek
DeleteKat kedai bakeri ade jual..
ReplyDeleteCitric Asid ada jual di Kedai Barangan Buat Kuih dan Kedai Kimia..harga utk 2018 adalah RM18 per kg..
ReplyDeleteTumpang tanya ,sitrik asid ada jual kat hardware tak?
ReplyDeleteKlau gastrik boleh tk ambil makanan yg ada sitrik asid
ReplyDeleteTq 4 info..
ReplyDeleteHi, berapa banyak asid citrik yg perlu ditambah ke dalam 1 Liter air minuman bersusu seperti air teh tarik?
ReplyDeleteBerapa byak asid sitrik di perlukan utk 1kg bancuhan dodol
ReplyDelete